Itik Gembo-Gembo - Lagu Rakyat Terengganu

Wednesday 16 November 2016

INDAHNYA TERENGGANU


Video ini pasti membuatkan anda teruja untuk datang melawat Terengganu.
Jadi apa tunggu lagi..meh pakat mari GANU!!!

AMAZING PLACES

(1) PASAR PAYANG



'Pasar Payang' terkenal di kalangan penduduk tempatan dan kalangan pelancong. Pelbagai beg buatan tangan, baju batik, songket, cenderamata, makanan dan lain-lain terdapat di sini . 


(2) KEROPOK LEKOR


Tidak jauh dari bandar utama Terengganu terdapat Losong Village atau 'Kampung Losong'.
 Kampung ini merupakan syurga 'Keropok Lekor dan yang terkenal disini adalah Kak Yah Keropok Losong 'dan ia terletak di sepanjang jalan utama kampung ini. Keropok adalah makanan ringan iaitu keropok melayu tradisional yang diperbuat daripada ikan dan tepung sagu. Satu perkara yang pasti tentang keropok lekor ialah ia benar-benar lazat!!!



(3) KRAFTANGAN


Jika anda melawat Terengganu anda harus mencubanya tenunan kraftangan yang terletak di Kampung Pengkalan Gelap. Penduduk tempatan di sini benar-benar menghargai anugerah alam semula jadi dengan menggunakan daun pokok 'Nipah (Nypa). Daripada daun mereka membentuk kraftangan megikut kreativiti masing-masing. Contoh kraftangan adalah bakul buah-buahan, sangkar burung tradisional dan lain-lain. Semua produk yang berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan.


(4) PULAU REDANG


Pulau Redang merupakan diantara pulau yang tercantik di Terengganu mahupun dunia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan pelbagai spesies hidupan laut yang dilihat tidak jauh dari persisiran pantai menjadi tarikan pelancong ke sini.Selain itu, terdapat pakej snorkeling di sini di mana para pelancong di bawa ke Taman Laut Negara yang sangat cantik dan terpelihara. Terengganu juga mempunyai banyak lagi pulau-pulau dan pantai-pantai yang menarik dan sering dilawati pelancong seperti Pantai Kelulut,  Pantai Teluk Bidara, Pulau Lang Tengah, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan lain-lain.


PANTAI KELULUT


PANTAI TELUK BIDARA


PULAU LANG TENGAH


PULAU KAPAS


PULAU PERHENTIAN

(5) TEMPAT MENARIK LAIN



MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU


RANTAU ABANG


MUZIUM TERENGGANU


JADI APA TUNGGU LAGI MEH PAKAT MARI TERENGGANU!
PASTI ANDA TERUJA DAN TERTARIK DENGAN KEINDAHAN NEGERI INI YANG SUNGGUH MENDAMAIKAN.




























VISIT TERENGGANU 2017


AMAZING PLACES AND ACTIVITIES YOU SHOULD NOT MISS!


Terengganu adalah salah sebuah negeri yang sangat terkenal dan mesti dilawati di Malaysia. Terdapat pelbagai tempat perlancongan yang indah dan mendamaikan sesuai untuk sesiapa sahaja yang memerlukan ketenangan dari kesibukan kota. 


Apa lagi, jom kita terokai Terengganu